Dihantar Oleh Pada 17 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 1 bawang besar dipotong kecil
  • 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
  • 200g daging (atau ayam) kisar
  • 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • Kubis dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
  • Serbuk lada secukup rasa
  • 4 roti pita
Cara-cara
  1. Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.

    open-uri20151010-29872-1izvrrf
  2. Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.

    open-uri20151010-29872-aj43xd
  3. Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.

    open-uri20151010-29872-1vczdue
  4. Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.

    open-uri20151010-29872-lzxmeo
  5. Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.

    open-uri20151010-29872-1ww7wnu
  6. Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.

    open-uri20151010-29872-4f87xn
  7. Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.

    open-uri20151010-29872-133qeft
  8. Nota: - Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus dipotong kecil. - Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap.

Komen