Resepi ?Laksa Nyonyaâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 16 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8-10 orang
Description

sesuai dimkn bila2 masa saja

Share:
Bahan-bahan
  • 15 tangkai cili kering
  • 20 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1/2 inc. kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 1/2 cwn udang kering
  • (bahan2 di atas dikisar halus)
  • 1/2 kilo udang hidup - dikupas kulitnya
  • 1.5ltr santan drpd 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • 6 helai daun kesom - dipetik2
  • secukup minyak utk menumis
  • 2 kilo mee laksa - dicelur
  • 250 g tauge - dibersihkan
  • 5 keping tahu pok - dipotong 2
  • 20 biji fish ball,fish cake -dihiris
  • 5 biji telur rebus - dibelah 2
  • 1 batang timun - dihiris seperti btng mancis
  • sambal tumis secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg di kisar hingga garing. Masukkan udang hidup dan gaul rata.

  2. Masukkan santan,tahu pok, fish ball,1/2 daun kesum dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.

  3. Cara menyediakan laksa:- dlm sebuah mangkuk, bubuh mi laksa,tauge,timun dan tuangkan kuah laksa dgn rencah2nya dan hias atasnya dgn telur rebus,hirisan daun kesum dan sambal tumis.

  4. Enak di makan ketika masih panas.