Resepi Pajeri Nenas Ala Jawa

 Dihantar Oleh Pada 13 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 orang
Description

Belajar dari ibu mertua. Senang, ringkas dan sedap. Dengan rasanya yang masam2 manis dan pedas sikit2...

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 biji nenas - dipotong2 dan direbus hingga lembut dan ditoskan airnya
  • Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, dll
  • 1/2 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang besar yang telah dikisar
  • 1/2 cawan gula merah @ gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Masukkan sekali rempah tumis - bunga lawang, dll. Tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan pula cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.

  3. Masukkan gula merah @ gula melaka. Kacau hingga gula hancur dan menjadi pekat.

  4. Akhir sekali masukkan nenas dan kacau hingga sebati.

  5. Kacau hingga kuah pekat dan semuanya sebati. Rasakan masam, masin dan manisnya. Siap...!!!

Komen