Resepi Rojak Betik

 Dihantar Oleh Pada 12 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik)
Description

makanan tradisional org terengganu

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
  • 1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
  • 2 biji timun
  • BAHAN UTK KUAH
  • 9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
  • 5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap
  • 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 liter air
Cara-cara
  1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td

    open-uri20151010-29872-4t3zis
  2. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

  3. Utk membuat kuah:

  4. Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.

  5. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.

  6. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.

    open-uri20151010-29872-yi20dd
  7. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

  8. Utk. menghidang:

  9. Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..

    open-uri20151010-29872-rsd04x
  10. Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!