Dihantar Oleh Pada 11 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 11x11 inc.
Description

Apam yg mudah dibuat...tidak menggunakan minyak atau mentega dlm adunan tapi tetap lembut dan gebu.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
  • 2 cwn (400g) air
  • 1 cwn (200g) gula pasir
  • 4 biji telur - grade A
  • 4 cwn (400g) tepung gandum
  • 4 sk rata bicarbonate of soda
  • 1 tin susu cair
Cara-cara
  1. Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.

  2. Tepung dan b. soda di ayak.

  3. Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.

  4. Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.

  5. Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.

  6. Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.

  7. Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.

  8. Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.

  9. Menggunakan acuan kecil....

    data.jpeg