Resepi IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

 Dihantar Oleh Pada 10 August, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org makan
Description

version hubby

Share:
Bahan-bahan
  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.

  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.

  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.

  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.

  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.

  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.

  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.

  8. Kemudian boleh di hidang.

  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?

Tags 
  •   ikan
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua