Ayam Pansuh Tradisional

Resepi Ayam Pansuh Tradisional

 Dihantar Oleh Pada 09 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

resipi turun temurun

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • satu ikat pucuk ubi kayu
  • buluh sederhana besar. ( kalau yg kecik tu boleh guna 2 ruas)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih & 5 ulas bwg merah( ditumbuk)
  • 2inc halia ( dihiris)
  • garam dan ajinomoto secukup rasa
  • boleh ditambah dengan umbut lengkuas supaya wangi...
Cara-cara
  1. potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. ( jgn terlalu besar nanti x muat masuk dalam buluh)

  2. perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.

  3. ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh ( jgn terlalu byk garam nanti masin)

  4. gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi...

  5. cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.

  6. bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang)...

  7. setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit

  8. apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mengkuk yang sederhana besar dn boleh dihidang.

  9. selamat mencuba...

Komen