Dihantar Oleh Pada 07 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 - 6 orang
Description

Juadah 'wajib' bile berbuka puasa ni..(puasa dah dekat...!!!)

Share:
Bahan-bahan
  • 4 genggam beras
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1/2 inci halia - ketuk
  • 1/2 sk lada hitam
  • 10 - 15 ekor udang (saiz sederhana)
  • 4 cawan air
  • 3 cawan santan cair
  • 3 ulas bawang merah - untuk menumis
  • Minyak masak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1/3 sk biji halba
Cara-cara
  1. Rebus beras dengan 4 cawan air , halia, serai, biji halba dan lada hitam sehingga beras kembang (lebih kurang 20 minit dengan api sederhana, kalau nak cepat buka api kuat, tapi kena tunggu le..takut nanti meruap pule..)

  2. Bila beras dah kembang masukkan santan dan udang. Biar hingga mendidih. Masukkan garam . Imbangkan rasa lemak dan masin. Tutup api.

  3. Dalam kuali lain, tumis bawang hingga garing / kekuningan. Tuangkan minyak dan bawang ke dalam periuk bubur. Tutup periuk segera dalam 5 minit. Lepas tu kacau sebati.

  4. Siap untuk dihidangkan..sudi-sudi mencube..!!!

Komen