Resepi ?Acar Buah (Tanpa Cuka)â„¢

 Dihantar Oleh Pada 05 August, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 kuali besar (8 ltr.)
Description

Enak dimakan bersama macam2 jenis nasi panas..acar buah yang tidak menggunakan cuka tapi tetap tahan lama dan satu kelainan, ada campuran kerisek di dalamnya... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ltr. minyak masak
  • 1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
  • 300 g bawang putih* - dihiris
  • 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
  • 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
  • segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
  • 3 sb garam
  • 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
  • 1 cwn kerisik
  • 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.

  2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.

  3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.

  4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.

  5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.

    open-uri20151010-29872-3ynqtx
  6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

    open-uri20151010-29872-1ff1tvf
Tags 
  •   acar
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua