Dihantar Oleh Pada 02 August, 2008
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50-55 biji - kecil2
Description

Doh yg mudah dibuat...tk perlu di perap dan sesuai di jadikan kuih pau segera.Pau yg tlh digoreng atau kukus tetap lembut walaupun telah sejuk. Tk perlu guna pelembut kuih.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg tepung gandum
  • 120 g gula halus
  • 1 sk rata garam halus
  • 140 ml minyak sayur/makan
  • 5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
  • 450 ml air paip *
  • (satukan bahan *)
Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.

  2. Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.

  3. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.

  4. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.

  5. Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.

  6. Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.

  7. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.

  8. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.

  9. ***Untuk mendapatkan resipi inti sambal dan inti kacang merah sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/5874