Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

 Dihantar Oleh Pada 27 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Satu lagi Masakan Negeri Sembilan

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan Kurau Masin 7 ketul (boleh juga ikan sepat)
  • Nenas Sedang 1 biji
  • Santan dari perahan satu biji kelapa
  • Cili Api ditumbuk lumat
  • Kunyit 1 inci ditumbuk
Cara-cara
  1. Cuci dan toskan ikan kurau. Boleh juga kalau nak guna ikan sepat.

  2. Nenas dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa sendiri. Nenas jgn terlalu masak dan tidak terlalu muda...Rebus seketika nenas tersebut (5 min pun ok)

  3. Satukan ikan, nenas, cili , kunyit dan santan di dalam satu periuk. Masak dgn api yg perlahan.

  4. Biarkan mendidih, kacau selalu supaya tak pecah minyak. Biasanya kalau masak ikan masin ni takyah letak garam.... apa2pun rasa dulu kalau tak cukup tambah garam