Dihantar Oleh Pada 27 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

dah lama nak makan, ari sabtu tu buat. biasa yang jual takde inti kacang.....

Share:
Bahan-bahan
  • ***untuk buat sagu & inti ***
  • 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
  • 100 gm kacang hijau
  • garam, gula secukup rasa
  • ***untuk buat kuah***
  • 2 cawan santan
  • satu inci halia (dimayang halus)
  • sesudu halba
  • garam, gula secukup rasa
Cara-cara
  1. ---buat inti kacang dulu----

  2. kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.

    open-uri20151010-29872-xg6z9z
  3. sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.

  4. gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.

  5. susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.

    open-uri20151010-29872-1ky7xs5
  6. ---untuk buat kuah---

  7. campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.

  8. boleh dimakan panas - panas, atau kalau nak makan sejuk pun best gak...saya suka makan panas - panas, sambil hirup kuahnya...mmmmm