Dihantar Oleh Pada 26 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6 inc./ 8x8 inc.
Description

Resipi dlm simpanan utk dikongsi bersama. Selalu juga dibuat utk majlis2 tertentu.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji telur - grade B
  • 300 g gula halus
  • 125 g tepung gandum - ayak
  • 1 sk rempah kuih
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 100 g mentega *
  • 300 ml susu sejat *
  • 400 ml air *
  • 1/4 sk garam *
  • 1 sk choc. emulco
Cara-cara
  1. Bahan2 bertanda (*) dimasak hingga mendidih.

  2. Telur dan gula dipukul hingga kembang lalu masukkan tepung sedikit2 dan terus pukul.

  3. Tuangkan susu panas tadi dan pukul terus hingga rata pada kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn spatula utk meratakan lagi adunan.(adunan ini memang cair, so don't be khuatir...)

  4. Adunan di dibahagi 2, satu bahagian dicampurkan choc. dan rempah dan satu lagi dicampurkan serbuk vanilli.

  5. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna. Setiap satu lapis, bubuh 5 senduk dan kukus selama 5 min. Bagi lapis akhir kukus 15-20 min.

  6. Biarkan kek di dlm loyang sehingga sejuk. Keluarkan kek dan bolehlah dipotong

Tags 
  •   kek