Resepi Brownie

 Dihantar Oleh Pada 13 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6~7org
Description

Coklat dan kekacang dalam bentuk mudah pegang.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 100g gula halus
  • 2 biji telur (suhu bilik)
  • 150g coklat bar
  • 100g mentega
  • 70g kekacang (boleh campur badam, walnut dan lain-lain ikut suka) dan potong kecil-kecil
Cara-cara
  1. Cairkn coklat dan mentega sekali dalam oven selama lebih kurang 2 minit.

  2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati.

  3. Masukkan bahan yang diayak dan kacau dengan senduk sampai semua tepung rata.

  4. Masukkan coklat, mentega yang dicairkan tadi dan kacau.

    open-uri20151010-29872-18ue6q3
  5. Bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.

    open-uri20151010-29872-19nd4za
  6. Dalam bekas 4 segi yang telah dialas dengan kertas, tuangkan adunan tadi dan ratakan.

    open-uri20151010-29872-17yq01b
  7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit. Bila dah betul-betul masak, biarkan sejuk (dalam suhu bilik) baru keluarkan dari bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.