Resepi Asam Pedas Daging

 Dihantar Oleh Pada 22 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 org
Description

Lebih kurang macam asam pedas lain, tapi guna daging. Minta kat abg sepupu nih, hehe... Org melaka nye cara, katanya

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging (rebus hingga empuk)
  • 10 biji cili kering
  • 3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
  • 1/2 inch halia
  • 1/4 inch lengkuas
  • 1 batang serai
  • blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
  • 2 biji tomato
  • Daun kesum
  • Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
  • Garam & Gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan

  2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.

  3. Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.

  4. Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.

  5. Biar ia mendidih kemudian angkat.