Resepi Creme Brulee

 Dihantar Oleh Pada 17 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 mangkuk kecil
Description

Dessert dari Perancis yg bermaksut 'burnt cream'.. Mudah dan Sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji kuning telur
  • 2 sudu gula
  • 600ml whip cream
  • sedikit esen vanilla
  • 45g gula perang (untuk ditabur dibahagian atas)
Cara-cara
  1. Masukkan krim kedalam periuk dan kacau gunakan kaedah 'double boiler'. Gunakan api sederhana.

  2. Pukul telur, gula & esen sehingga sebati dan masukkan kedalam larutan krim. Kacau sehingga sedikit pekat.

  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk kecil. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 140°c selama 40 minit menggunakan kaedah 'bain marie'.

  4. Setelah masak, sejukkan sebentar. Tabur gula perang dibahagian atas kemudian masukkan semula kedalam oven dan bakar guna api atas sehingga gula cair dan bertukar menjadi caramel.

  5. Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam, dan sedia untuk di hidang.

  6. ** Caramel yg telah disejukkan akan mengeras dipermukaan atas dessert. Cara makan : ketuk sedikit karamel dan kaup cream dibahagian bawah, dan.....ngapp!! Yummy!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua