Dihantar Oleh Pada 15 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 36cmX36cm@30cmX30cm pun boleh.
Description

Resepi dari AHPEK ambil dari cari.com.Mudah,Senang&Cepat.Boleh letak cream,jem dll.saya letak kaya je.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A @ B
  • 4oz(100gm) gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu bsr ovelet
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3oz(75gm) tepung gandum
  • 4oz(100gm) mentega
  • sedikit coklat emulco
  • jem@kaya@cream secukupnya
Cara-cara
  1. - Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu&pekat (10-20minit:bergantung pd jenis mixer)

  2. - Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.

  3. - Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

  5. - Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang

  6. - Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah. - Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.

  7. - Apabila kek telah masak tunggu sehingga 5minit sebelum terbalikkan kek (utk elak kulit kek tertanggal). Terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

  8. - Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap