Resepi Kek Carrot Kukus

 Dihantar Oleh Pada 13 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz 18 cm
Description

bagi penggemar kek carrot, cubalah resepi ni, senang dan sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm tepung gandum, 1 sk baking powder, 1 sk cinnamon powder-ayakkan
  • 150 gm gula halus
  • 250 gm butter
  • 3 biji telur
  • 200 gm carrot (parut, celur dan toskan)
  • 150 gm red dates (cincang)
  • essen vanilla
  • ###topping###
  • 250 gm cream cheese
  • 100 ml whipping cream
  • 50 gm gula aising
  • pewarna (ikut suka)
Cara-cara
  1. pukul butter dan gula sampai gebu

  2. masukkan telur sebijik - sebijik, pukul lagi, kemudian titiskan esen vanilla sikit.

  3. kemudian masukkan tepung, baking powder dan cinnamon powder yang dah diayak kedalam adunan, gaul sebati

  4. masukkan carrot dan red dates, kaup balikkan. adunan dah ready.

  5. tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 18 cm yang telah dilapikkan kertas dan lenserkan butter sikit. kukus selama 50-60 minit.

  6. nak tengok masak ke tak tu biasalah guna lidi, cucuklah kek tu kat tengah, kalau keluar licin lidi tu, masaklah jawabnya. sejukkan dulu kek, baru hiaskan dengan cream cheese.

  7. ***untuk topping kek***

  8. pukul semua bahan sampai gebu, kemudian hiaslah ikut suka.

    open-uri20151010-29872-gpcc0r
Tags 
  •   kek
  • Komen