Resepi Mihun Goreng Putih

 Dihantar Oleh Pada 12 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6-8 orang
Description

ringkas dan sedap

Share:
Bahan-bahan
  • *1 bungkus mi (400gm). Rendam dalam 20-30 minit & toskan
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 sdk garam
  • 1 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3/4 sdb garam
  • 1 sdb serbuk lada sulah
  • 50gm udang kering - kisar halus
  • 300gm daging
  • 200gm udang
  • 200gm fishcake
  • 1-1.25 liter air
  • carrot - potong halus/ kukur
  • sawi
  • daun sup & daun bawang - racik halus
  • taugeh
Cara-cara
  1. Untuk bahan bertanda *: Tumbuk bawang putih bersama garam. Kemudian, tumis sehingga naik bau/garing. Masukkan mi yang telah ditoskan. Goreng sehingga mi agak garing/ nampak kerinting. Ketepikan.

  2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan garam. Tumiskan sehingga naik bau/garing.

  3. Masukkan serbuk lada sulah dan udang kering.

  4. Masukkan pula daging, udang dan fishcake.

  5. Bila daging, udang & fishcake masak, tuangkan pula air.

  6. Bila air mendidih, masukkan mi yang telah digoreng tadi. Bolehlah dirasa tahap kemasinannya. Kalau kurang, tambahkan garam. Kalau suka, masukkan serbuk perisa juga.

  7. Kemudian, bolehlah masukkan sayur-sayuran.

  8. Taburkan dengan bawang goreng sebelum dihidang. Dan, sangat sedap bila dimakan dengan cili jeruk.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua