Ikan Goreng Cili Api

Resepi Ikan Goreng Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 11 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Resipi dari ibu dan cara memasaknya tidak lama.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 ekor ikan kembong
  • 30 biji cili api, kalau suka pedas tambah lagi.
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 cm belacan
  • 2 sudu makan gula, garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.

  2. Cili api, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan di tumbuk hingga lumat.

  3. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga pecah minyak. Masukkan gula,garam dan serbuk perasa (jika suka).

  4. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul hingga ikan bersalut. Angkat dan hidang dengan nasi panas.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua