Asam Pedas Ikan Pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

 Dihantar Oleh Pada 10 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Resepi arwah nenek

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan pari sederhana besar dipotong kecil
  • 2 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 3 genggam cili kering dibuang biji
  • 10 biji lada hitam
  • Daun kesum
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Kulit ikan pari dikikis untuk buang lendirnya dan potong kecil2. Basuh dan rendam ikan dalam air asam jawa dalam 10 minit. Kemudian bilas dengan air biasa.

  2. Manakala bwg besar, bwg putih, cili kering dan lada hitam dikisar halus.

  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar td. Masukkan serbuk kunyit dan tunggu sehingga naik minyak.

  4. Setelah dipastikan bahan tumis td betul2 masak masukkan ikan,air asam jawa, daun kesum dan garam secukup rasa.

  5. Tutup periuk dan tunggu hingga mendidih. Sedia dihidangkan.

  6. Boleh juga diaplikasikan untuk ikan hanyir yg lain spt ikan sembilang, ikan duri bgt juga dgn ayam.

Tags 
  •   ikan
  • Komen