Dihantar Oleh Pada 10 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 org
Description

Resepi dari nenek.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ketul ikan pari (ikut saiz yang disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 peket serbuk kari ikan
  • Belacan (sebesar ibu jari tangan)
  • Segenggam daun kesum
  • Setangkai bunga kantan
  • Sebiji timun
  • Garam dan bahan perasa
  • 2 mangkuk air
Cara-cara
  1. Kisar cili padi, cili merah, belacan dan bawang.

  2. Masakkan bahan kisar bersama-sama rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak.

  3. Masukkan asam keping.

  4. Tambahkan air.

  5. Masukkan ikan pari.

  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

  7. Tambah garam dan perasa.

  8. Potong timun menyerong dan masukkan dalam asam pedas.

  9. Biar mendidih sehingga ikan dan timun masak, hidangkan.