Resepi Kupang Berlada

 Dihantar Oleh Pada 08 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Sempoi tapi sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg Kupang (berkulit)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Kunyit (ditumbuk)
  • 5 sudu cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 btg serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing. Kemudian masukkan serai, tomato, sos tiram dan sos cili.

  3. Masukkan kupang dan kacau sebentar. (Tambah air jika suka kuah lebih)

  4. Agak2 kupang dah masak, masukkan hirisan bawang besar dan daun kunyit. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

Komen