Dihantar Oleh Pada 08 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: tiga orang makan kot...
Description

resepi dr mak mertua...

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan keli-dibersihkan
  • Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
  • Kunyit hidup *
  • Santan - dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa
Cara-cara
  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)

  2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk

  3. Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.

  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.

  5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP

  6. SELAMAT MENCUBA

  7. * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.

Tags 
  •   ikan