Resepi Ayam Masak Padang

 Dihantar Oleh Pada 04 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 keluarga
Description

resepi ambik kat majalah mingguan wanita...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong ikut suka
  • 2 labu bawang besar(sedang)**
  • 3 ulas bawang merah kecil**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 2 sdb lada boh**
  • halia sebesar ibu jari**
  • 1/2 inci lengkuas**
  • sedikit kunyit basah**
  • 4 biji buah keras**
  • 2 btg serai( dititik)
  • santan dari 1 biji kelapa( pekat)
  • sedikit daun limau purut( saya x de stok daun limau..letak daun kunyit jek)
  • garam n serbuk perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping
Cara-cara
  1. ayam dicuci bersih n toskan..

  2. kisar bahan2 yg bertanda**

  3. panaskan minyak then tumis bahan yg telah dikisar tadi..masukkan juga serai yang dah dititik..tumis hingga naik bau dan pecah minyak..

  4. masukkan ayam..kacau rata..then masukkan santan pekat n asam keping

  5. biarkan mendidih dgn api kecil sehingga ayam masak..perasakan ngan garam n serbuk perasa..

  6. akhir sekali masukkan daun limau purut/daun kunyit...

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua