Resepi Ayam Goreng Pedas

 Dihantar Oleh Pada 03 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Makan sekeluarga
Description

Resepi sendiri..modified ikut selera suka pedas.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam (potong-potong memanjang)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • * 10 batang cili kering (kisar kering)
  • * 3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • * 1 sudu besar sos worchester (optional)
  • * gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
Cara-cara
  1. Campurkan bahan-bahan bertanda * kepada potongan ayam. Gaul & perap sekejap. Nak perap lama pun bagus juga.

  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Sementara itu, campur sebati kedua-dua jenis tepung.

  3. Ambil ayam yg telah diperap tadi, celup rata ke dalam telur. Kemudian golek-golekkan pula ke dalam campuran tepung.

  4. Gorenglah ayam yg telah disalut tepung tadi hingga keemasan.

  5. p/s: langkah no.3 boleh diulang 2 kali (telur-tepung-telur-tepung) untuk lebih kerangupan.

Tags 
  •   ayam
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua