Resepi Kek Batik Sarawak

 Dihantar Oleh Pada 10 November, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 3 loaf tin
Description

Kek Batik Sarawak yang bercoklat dan berintikan biskut marie. Tidak perlu dibakar. Cukup untuk 3 loaf tin (tin utk bakar roti)

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 suduteh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat (bukan susu cair)
  • 250g mentega
  • 1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.

  2. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.

  3. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.

  4. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.

  5. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.

  6. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.

  7. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan