Dihantar Oleh Pada 30 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

manisan yang sangat mudah disediakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)
Cara-cara
  1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan

  2. Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan

  3. Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam.

  4. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)

  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Komen