Dihantar Oleh Pada 27 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang
Description

resepi kegemaran penggemar sambal ketuk dan lauk kampung

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji Buah Bacang yang sudah masak ~ klu berbau maknanye dah masak
  • 3 biji Cili Merah - dibuang bijinya
  • 15 biji Cili Api
  • Belacan - terpulang nak banyak mana
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Bacang dibuang kulit dan ketepikan.

  2. Tumbuk Cili Api bersama sedikit garam sampai lumat. Masukkan Cili Merah. Tumbuk lagi sampai lumat.

  3. Masukkan belacan. Tumbuk sebatikan dengan cili2 tadi. Bubuh garam dan gula. Tumbuk lagi sebatikan.

  4. Ambil buah bacang tadi. Ketuk racikkan buah bacang itu dan potong masuk ke dalam campuran tumbuk tadi. Buat hingga habis.

  5. Tumbuk sedikit dan perlahan supaya bacang tadi terlenyek dan mengeluarkan jusnye. Sebatikan bacang dan cili dengan sudu.

  6. Sedia untuk dihidang. Rasanya manis-manis pedas.

Komen