Dihantar Oleh Pada 24 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

lauk kegemaran keluarga

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg daging
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 - 2 sudu makan cili giling
  • 3-4 sudu makan rempah kurma
  • 2-3 biji kentang
  • 1 biji kelapa
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji buah tomato
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Daging dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar...Rempah kurma dan cili giling dibancuh bersama sedikit air...Kentang dipotong enam...Tomato dibelah empat...Sediakan santan daripada sebiji kelapa...

  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...Apabila naik bau, masukkan pes kurma dan cili giling tadi...Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air...

  3. Masukkan pula daging...Kacau rata-rata dan biarkan rempah kurma meresap...Kemudian, tambahkan 2 - 3 cawan air...Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil...Biarkan sampai mendidih...

  4. Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk...Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping...Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato..

  5. Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit...Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan :P

Komen