Dihantar Oleh Pada 24 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

resepi sambal udang yg dijamin kurang berminyak

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg udang sederhana besar
  • 1 cawan air
  • 3-4 sudu teh garam
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • 4-5 sudu makan cili giling
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • *bahan opsyenal*
  • 2 papan petai
Cara-cara
  1. Rebus udang bersama air dan garam sehingga separuh masak...Ketepikan udang bersama air rebusannya...(Cara ini menjadikan isi udang lembut dimakan dan hidangan kurang berminyak)

  2. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi...Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk...Masukkan cili giling...Masukkan petai kalau suka...

  3. Kemudian, masukkan udang dan air rebusannya...Biarkan agak kering kemudian masukkan air asam jawa...

  4. Masukkan hirisan cili merah dan bawang besar...Bubuhkan garam dan gula secukup rasa...Angkat apabila mendapat kekeringan yang dikehendaki...Sedia untuk dihidangkan :P

Komen