Dihantar Oleh Pada 22 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9"
Description

sedap & wangi kek nih....resepi dari blog noraini

Share:
Bahan-bahan
  • 270 gm mentega
  • 230 gm gula kastor
  • 5 biji telur B
  • 60 ml santan segar@kotak
  • 1 sudu besar pes pandan (kita guna pandan emulco)
  • 1/4 sk pewarna hijau
  • 240 gm tepung kek (kita guna tepung gandum ayak 2x)
  • 30 gm kelapa kering
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • *** Bahagian atas (topping) ***
  • 40 gm mentega
  • 35 gm gula aising
  • 55 gm kelapa kering
Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.

  2. Masukkan santan,pewarna hijau dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas diikuti dengan kelapa kering dan gaul sebati.

  3. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan kek kedalamnya.

  4. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.

  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

  6. *** kita tak sempat nk buat topping, tapi still sedap

  7. *** kita bakar dalam 40minit je, bergantung pada oven masing2

Tags 
  •   kek