Dihantar Oleh Pada 20 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang makan
Description

resepi gulai nasi berlauk Pantai Timur...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg ikan tongkol
  • 2-3 ekor ikan kering
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • 3 cm lengkuas
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 biji kelapa
  • 1 batang timun
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...

  2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...

  3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...

  4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...

  5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

  6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...