Dihantar Oleh Pada 09 November, 2006
Description

Resepi daripada mak.

Share:
Bahan-bahan
  • Ayam atau daging
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas - dimesin
  • 3 ulas bawang putih - dimesin
  • 1/2 ulas bawang besar - dimesin
  • Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) - dimesin
  • Sedikit cuka atau air asam jawa
  • Sedikit garam, gula dan air
  • Kicap
Cara-cara
  1. Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan.

  2. Kisarkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam.

  3. Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau, masukkan air asam atau cuka, garam, gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat.

  4. Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab itu ayam atau daging dipotong mengikut kesukaan anda.

  5. Cubalah, sedap. Saya buat untuk cicah bersama ketupat di Hari Raya. Selamat mencuba.

Komen