Dihantar Oleh Pada 18 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 ketul
Description

Dimakan begitu saja atau dengan kuah kari.

Share:
Bahan-bahan
  • Kulit popia saiz sederhana atau besar
  • << Bahan Membuat Inti >>
  • Bawang kecil dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • 6 tangkai cili kering diblender (2 sudu)
  • 2 sudu serbuk kari
  • 4 biji ubi kentang - saiz sederhana - dipotong dadu
  • Ayam/daging (Ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sampai layu. Masukkan cili blender. Biarkan sekejap dan masukkan serbuk kari. Biarkan atas api seketika.

  2. Masukkan ubi kentang. Tuangkan sedikit air. Agak-agak sekadar untuk mengempukkan kentang. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup dan biarkan seketika hingga kentang empuk dan air sejat. Inti mestilah kering.

    open-uri20151010-29872-13g4b7k
  3. Bentangkan kulit popia. Letak di atas kulit popia lebih kurang 3 sudu inti. Kulit popia dilipat.

    data.jpeg
  4. Panaskan kuali leper. Lengserkan dengan minyak kelapa atau mentega. Letakkan murtabak mini. goreng hingga garing atau kekuningan.

    open-uri20151010-29872-i5ml60
  5. Sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan kuah kari. ~Selamat Mencuba ~