Resepi Kerabu Taugeh

 Dihantar Oleh Pada 14 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 
Description

Resepi tradisi

Share:
Bahan-bahan
  • Taugeh-dicelur dan di tos
  • Kerang -dibersihkan , direbus dan diambil isinya
  • Cili merah *
  • Cili padi * (bagi sesiapa yang suka pedas)
  • Belacan*
  • Udang kering*
  • Limau nipis
  • Kerisik
  • Beras -digoreng tanpa minyak hingga keperangan, kemudian, ditumbuk halus
  • Bawang merah -dihiris nipis
  • Garam, perasa
Cara-cara
  1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk bersama

  2. Didalam bekas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan kerisik

  3. Gaul rata

  4. Masukkan taugeh dan kerang, diikuti garam dan perasa.

  5. Perah limau nipis, dan gaul lagi. Sesuaikan rasa. Bila dh ok, bolehlah ditabur beras goreng tadi.

  6. Gaul lagi, dan sedia untuk dihidangkan.

  7. SELAMAT MENCUBA

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen