Dihantar Oleh Pada 08 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-4 orang
Description

Memang sedap ni.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung
  • 2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
  • 4 biji cili api dihiris
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cawan santan dan 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan
Cara-cara
  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.

  2. Kemudian masak di atas api yang kecil dan biar sehingga ia mendidih.

  3. Padam api dapur, masukkan bawang merah, cili api, cili merah dan daun ketumbar.

  4. Gaul hingga rata.

  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halus di atas ikan.

  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan.