Dihantar Oleh Pada 07 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

Masakan Kelantan..resepi dari nenek yang asal dari negeri Siam.. :D simple dan sedap

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A (Kisar):
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • Kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B:
  • 3 ketul ayam mentah - dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit Garam dan Gula, secubit Ajinomoto
Cara-cara
  1. Kisar bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... kisar cili padi lebih... masak ayam Phat Phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...