Resepi Nasi Ayam Cendawan (claypot)

 Dihantar Oleh Pada 01 June, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

Resepi ni amik dari majalah..pastu I try wat.. my kids smua suka so rasa2nye nak share dgn sapa2 kat sini...

Share:
Bahan-bahan
  • 1. 1 cawan beras
  • 2. 1 1/2 air rebusan ayam
  • 3. 500gm ayam (Ipotong kecik jer)
  • 4. 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
  • 5. 1 sudu besar kicap pekat
  • 6. 5 atau lebih kuntum cendawan hitam (refer glossary)- (rendam hingga kembang dgn air panas)
  • 7. 2 sudu besar sos tiram
  • 8. 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 9. Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
  • 10. 2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
  • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.

  2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.

  3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.

  4. Panaskan claypot (refer glossary), masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan..

Tags 
  •   nasi
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua