Dihantar Oleh Pada 31 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

bila2 masa bleh mkn...

Share:
Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air
  • INTI
  • 5 biji keledek
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

  2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.

  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.

  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Cara2 kelim karipap bleh lihat di sini yer.. http://www.myresipi.com/top/detail/8677 Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

  5. Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.

    data.jpeg