Resepi Asam Tumis Ikan Pari Liza

 Dihantar Oleh Pada 30 May, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

resepi asam tumis berapi...kaww!

Share:
Bahan-bahan
  • 2-3 keping isi ikan pari
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • 3-4 cm belacan
  • 5-6 sudu makan cili giling
  • 3-4 cawan air
  • 7-8 biji kacang bendi
  • 3-4 biji cili merah
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 biji buah tomato
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Isi ikan pari dipotong-potong...untuk menghilangkan hanyir, basuh ikan pari dengan air bercampur sedikit tepung gandum...

    open-uri20151010-29872-1vq3gsu
  2. Isi ikan pari yang telah dibersihkan kemudiannya dilumur dengan garam dan kunyit...

    open-uri20151010-29872-1l0pkcs
  3. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi...Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi...Masukkan belacan lalu dihancurkan...Masukkan pula cili giling...Kemudian masukkan air...

  4. Setelah hampir mendidih, masukkan ikan...Masukkan cili merah yang dibelah dua...Kacang bendi dimasukkan satu-persatu sambil dibelah dua pada permukaan kuali/periuk...Ini untuk mengelakkan kacang bendi itu berlendir...

    open-uri20151010-29872-k0e3bl
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...Kemudian, masukkan buah tomato...Tambahkan air asam jawa...Kecap rasanya...Jika perlu,tambahkan asam keping...Bubuh garam secukup rasa...

  6. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas :P

    open-uri20151010-29872-93btub
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua