Dihantar Oleh Pada 26 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

ringkas dan cepat

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cili padi
  • 3-4 sudu makan cili giling
  • udang sederhana besar @ isi ayam @ daging (ikut selera sendiri)
  • 2-3 batang sayur sawi - dipotong
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji tomato - dipotong
  • 4-5 sudu makan kicap masin
  • sedikit tauge
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi...panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi...

  2. setelah naik bau, masukkan cili giling...kemudian, masukkan samada udang @ ayam @ daging...kacau dan biar sampai agak-agak empuk...masukkan cili merah...

  3. tambahkan kicap masin diikuti dengan memasukkan sawi dan tomato...

  4. apabila sawi agak layu sedikit, masukkan mee kuning...gaulkan rata-rata...

  5. masukkan tauge...kacau lagi...kecap rasanya...kalau perlu, tambahkan garam...

  6. sedia untuk dihidangkan :P

Komen