Resepi Gulai Nenas Ikan Kering Liza

 Dihantar Oleh Pada 23 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 orang makan
Description

masakan kampung yang best

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kering/ikan masin yg besar (biasanya ikan talang/ikan duri)
  • 1 ekor ikan kembung kecil
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 biji kelapa
  • 20 biji cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
  • 1/2 biji nenas
  • asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. sediakan semua bahan-bahan gulai...ikan kering dipotong...bawang besar dihiris...serai diketuk...cili merah dan hijau dipotong...nenas dipotong kecil...

    open-uri20151010-29872-nh1xq8
  2. masukkan ikan kering, ikan kembung kecil, serai, bawang besar, serbuk kunyit dan cili padi yang telah dikisar ke dalam periuk...

    open-uri20151010-29872-jqtyrz
  3. sediakan santan pekat dan santan cair daripada 1 biji kelapa...ketepikan santan pekat tersebut...

    open-uri20151010-29872-179fyzl
  4. masukkan santan cair dan nenas ke dalam periuk berisi bahan-bahan kering tadi...masak di atas api sederhana sehingga mendidih/ikan kering masak...

    open-uri20151010-29872-x8q2ez
  5. akhir sekali, tambahkan santan pekat, cili merah dan hijau...kacau perlahan-lahan...tunggu sehingga mendidih...masukkan asam keping serta garam secukup rasa...

    open-uri20151010-29872-vxwg3x
  6. sedia untuk dihidangkan panas-panas :P

    open-uri20151010-29872-9l7b7i
Komen