Resepi Jeruk Mangga Muda Bersira Pedas Liza

 Dihantar Oleh Pada 23 May, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 botol kuih sederhana besar
Description

jeruk mangga muda sedap resepi mama

Share:
Bahan-bahan
  • buah mangga muda
  • 1 kampit garam
  • 4 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • cili kering
Cara-cara
  1. petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...

    open-uri20151010-29872-kd3pzh
  2. rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...

    open-uri20151010-29872-1tjpxk4
  3. jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk...

    open-uri20151010-29872-16mvmso
  4. cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...

    open-uri20151010-29872-1xenlp1
  5. satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis :P

    open-uri20151010-29872-1xmrc6n
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua