Resepi Singgang Sotong

 Dihantar Oleh Pada 22 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 - 5 orang makan
Description

sbg penambah koleksi masakan sotong

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
Cara-cara
  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.

  2. Bahan2 yg digunakan

    open-uri20151010-29872-1n9b7j
  3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.

  4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.

  5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)

  6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.

  7. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..