Resepi Karipap Bakar

 Dihantar Oleh Pada 21 May, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Berapa ramai pun boleh....
Description

Sebenarnya org tempah, dia request tak nak goreng.. so kite letak dlm oven je..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan untuk kulit
  • Tepung gandum
  • Minyak masak ( panaskan terlebih dahulu )
  • Sedikit air
  • Bahan untuk intinya
  • Kentang di potong dadu dan di rebus dahulu
  • Daging ayam
  • Bawang merah - di kisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang besar - dikisar
  • Serbuk kari ayam
  • Garam, perasa & gula
  • Cili kering - dikisar
Cara-cara
  1. Untuk Kulitnya :-

  2. MAsukkan tepung dan minyak masak. Gaul rata buat seperti crumble.

  3. MAsukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga tepung tak melekat di tangan

  4. Untuk Intinya :-

  5. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar

  6. Masukkan daging ayam.

  7. Bila daging ayam sudah masak..masukkan serbuk kari tadi. Masak hingga terbit minyak.

  8. Masukkan kentang dan gaul rata. MAsukkan garam, perasa dan gula. Tunggu hingga air kering bolehlah ditutup api. Biarkan sejuk.

  9. Canai kulit karipap. Potong tepinya buat seperti segiempat panjang.

    data.jpeg
  10. Masukkan inti karipap.

    data.jpeg
  11. Tutup inti tersebut dgn menggunakan adunan yg telah di canai. Tekankan bahagian tepinya dgn menggunakan garpu.

    data.jpeg
  12. Cucuk bahagian atas dengan garpu dan di sapu dgn kuning telur.

  13. Masukkan dlm oven yang telah di panaskan dgn suhu 190’C sehingga masak

Tags 
  •   kuih
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua