Resepi Kuih Gunting

 Dihantar Oleh Pada 20 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 balang
Description

makanan kudap-kudap time tengok TV

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg Tepung Gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 4 sudu minyak masak & 4 sudu mentega (dipanaskan bersama sehingga cair)
  • Daun kari digunting halus
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • - BAHAN KISAR -
  • 1 sudu - Cili boh, Jintan Hitam, Jintan Manis, Ketumbar
  • 3 sudu - udang kering & ikan bilis
  • 1 labu bawang putih
Cara-cara
  1. Masukkan tepung gandum, daun kari, telur & bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam bekas aduan. Masukkan juga gula pasir dan garam. Kemudian masukkan minyak & mentega yang telah dipanaskan.

  2. Uli aduanan dengan memasukkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.

  3. Kepal dan gunting adunan mengikut saiz yang sesuai. (saya tak gunting, saya putar je guna mesin mee. guna saiz yg tebal sikit)

  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Sejukkan sebentar dan sedia untuk di hidang.