Dihantar Oleh Pada 10 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

masakan dari ibonda

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Tepung Pulut
  • 1 cawan Kelapa Parut
  • 1 camca teh Garam
  • sedikit air untuk menguli
  • Bahan gula : 4 sudu gula dan 1 cawan air
Cara-cara
  1. Masukan tepung gandum,tepung pulut dan kelapa parut ke dalam magkuk.

  2. bancuh 1 camca garam tadi dengan sedikit air suam dan setelah larut masukan air garam tadi kedalam adunan.

  3. uli adunan tadi dengan air hingga menjadi doh.

  4. ambil sedikit doh tadi dan canaikan nipis,jangan terlalu nipis dan bentukkan ia bentuk yg disukai.

  5. canaikan hingga habis.

  6. Akhir sekali panaskan minyak , goreng hingga kekuningan dan angkat.

  7. Untuk gula,masukan 1 cawan air kedalam kuali bersama gula.didihkan ia hingga gula tersebut hancur dan menjadi pekat ( macam gam ).

  8. Bila gula sudah pekat masukan kuih tadi kedalam gula dan kacau rata hingga kering dengan api yang sederhana kecil.bila sudah rata dan kering angkat dan sedia dihidang.

Komen