Dihantar Oleh Pada 04 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

Ada beberapa versi ikan pais, tapi hari ni buat yg senang dulu.....

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *

  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.

  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .

  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.

  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.