Dihantar Oleh Pada 19 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6
Description

30 minit untuk persedian dan memasak. Resepi kegemaran semasa di Universiti.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yang warna kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin cendawan butang (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm daging cincang/ayam kisar
  • 1 tin puri tomato
  • 1 tin air (sukat guna tin puri tomato tadi)
  • Oregano
  • Sedikit marjerin/mentega
Cara-cara
  1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu marjerin. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dalam 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu).

  2. Sementara biar spaghetti tu masak, dadukan bawang besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.

  3. Masukkan sedikit marjerin (dalam 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bawang putih, keluarkan dari periuk itu selepas bawang masak.

  4. Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong dadu kecil tadi. Biarkan bawang masak sekejap.

  5. Masukkan daging/ayam kisar tadi. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.

  6. Buka tin cendawan tadi, potong empat cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.

  7. Buka tin puri tomato, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dalam periuk tu jugak.

  8. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada daun basil/bay pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.

  9. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)

  10. Carikkan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.

  11. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu sesuaikan la rasa secukupnya (garam, oregano).

  12. Angkat spaghetti yang dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dengan sesudu kecil marjerin untuk bagi cantik/berkilat.